15 Muharram
Taman Melawati, Kuala Lumpur
[ Kini telah lebih 10 hari Israel menyerang Gaza, Palestin. Melalui jet pejuang di udara, kapal perang di lautan dan kini kereta-kerata kebal di daratan mengebom rakyat Palestin di Gaza. Kanak-kanak, kaum ibu dan wanita, orang awam, tempat ibadat dan manusia yang tercedera telah menjadi mangsa serangan ini. Undang-undang antarabangsa dan hak asasi di cabuli.
Saya menatap beberapa buah buku awal pagi hari ini. Tertarik untuk saya kongsikan penulisan saya di Buku Risalah Pemimpin II, terbitan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di bawah ini: ]
DI MANAKAH ADAB DAN KEADILAN PEPERANGAN KINI?
Ahmad Sodikin Kasimin | ask2020@gmail.com
Peperangan yang mengakibatkan pembunuhan tidak mengira manusia, kanak-kanak atau orang cacat. Tumbuhan-tumbuhan, tempat kediaman, tempat peribadatan dan alam sekitar menjadi mangsa. Melihat dan meneliti perjalanan peperangan ini, kita terpaksa bertanya: di manakah adab dan keadilan?
Di dalam kegawatan ini, janganlah kita hilang pertimbangan. Malah bertambah rindulah (sepatutnya kita kepada petunjuk Al-Quran dan As -Sunnah yang telah dipaparkan oleh 'generasi Al-Quran yang unik'. Penulisan ini adalah berkisar tuntutan dan adab-adab peperangan di dalam Islam. Kemudiannya bandingkanlah dengan apa yang telah berlaku sekarang ini; buat renungan bersama.
Islam pernah ditohmah dengan kata-kata dan tuduhan bahawa 'Islam tersebar dengan mata pedang'. Tetapi pernahkah yang menuduh itu mengkaji dan menceritakan akan sebab-sebab peperangan itu dan bagaimana perjalanan peperangan itu?
1. Sebab-sebab peperangan
Berlandaskan AI-Quran dan As-Sunnah sebab peperangan termaktub kepada salah satu daripada tiga perkara yang berikut:
a) Mempertahankan diri
"Dan perangilah dijalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Al-Baqarah: 190)
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhny Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Mumtahanah:8-9 )
"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah." (AI-Anfal:61)
b) Menentang orang yang mencabul perjanjian dan khianat secara terang-terangan.
''Jika mereka merusak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat dipegang janjinya supaya mereka berhenti."
(At- Taubah:12)
c) Menjaga keselamatan negara, menghapuskan fitnah dan memelihara dakwah Islamiah.
"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (Lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah:193)
2. Beberapa urusan yang wajib diselesaikan sebelum peperangan
Islam mewajibkan ke atas pengikutnya sebelum melancarkan serangan ke atas musuh-musuh mereka beberapa perkara yang menampakkan sikap kemulian dan ketinggianya, jauh dari sikap penipuan dan pengkhianatan, sebaliknya menimbulkan rasa keinsafan dan perdamaian.
Di antara perkara-perkara yang tersebut, Islam tidak membolehkan pengikutnya memerangi pengkhianat perjanjian melainkan sesudah memberitahu kepada mereka bahawa orang-orang Islam akan membatalkan perjanjian dan akan menentang mereka selama mana mereka bersikap begitu.
"Dan jika kamu mengetahui pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat." (AI-Anfal:58)
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada tenteranya agar jangan menyerangi musuh melainkan sesudah menyeru mereka menganuti Islam atau membuat perjanjian keamanan, dan menghapuskan sikap permusuhan. Sesudah musuh menolak kedua-dua tawaran tersebut tentera Islam belum dibenarkan berperang melainkan bila orang kafir memulakan dahulu serangan yang menyebabkan terbunuhnya seorang daripada tentera Islam, dan ditunjukkan kepada mereka tentera yang terbunuh itu dan menyeru mereka sekali lagi dengan tujuan untuk mengelak dari pertumpahan darah di samping ingin menghormati jiwa raga manusia.
3. Perkara-perkara yang mesti dijaga semasa berlakunya peperangan
Islam menegah tenteranya membunuh kanak-kanak, orang-orang tua, perempuan, ahli-ahli agama dan orang-orang awam; iaitu orang-orang yang tidak mengambil bahagian di dalam peperangan, sepertimana ditegah membunuh orang-orang tawanan perang.
Di dalam satu pesanan Rasulullah s.a.w. kepada tenteranya, baginda bersabda:
''Majulah dengan nama Allah dan berkat Rasul-Nya, janganlah kamu membunuh orang-orang tua, kanak-kanak kecil dan besar, dan juga orang-orang perempuan."
Diriwayatkan juga dalam satu masa Rasullullah s.a.w. telah memeriksa mayat-mayat musuh sesudah selesainya pertempuran, didapati ada seorang 'perempuan yang terbunuh, baginda terus marah sambil berkata: "Hah! Bukan ini yang mesti dibunuh!".
Pada suatu ketika diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa tentera Islam telah membunuh sebahagian kanak-kanak, lalu baginda membantah perbuatan itu dengan keras, sabda baginda:
“Apa yang sudah terjadi kepada kaum yang mengharuskan pembunuhan ke atas keturunan (kanak-kanak), sesungguhnya janganlah kamu membunuh keturunan"
Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. telah mengutus satu utusan kepada Khalid Ibn Al-Walid, baginda berpesan kepada utusannya:
"Dapatkan Khalid dan katakan kepadanya: Jangan kamu bunuh orang-orang yang tidak mengikuti peperangan."
Rasulullah s.a.w. juga telah menegah membunuh orang-orang tawanan perang sewaktu peperangan masih berjalan, sabda baginda:
''Janganlah ada di antara kamu yang mengganggu tawanan saudaranya dan membunuhnya."
4. Musuh yang meminta perlindungan
Saidina Umar, telah diberitahu bahawa setengah-setengah pejuang Islam ada melafazkan kata-kata: "Janganlah takut" kepada musuh kemudian ia membunuhnya. Lalu Umar r.a. menulis kepada ketua tenteranya:
''Sesungguhnya telah diberitahu kepadaku bahawa ada di antara kamu yang telah menghambat orang kafir 'ajam, bila ia sudah terkepung di antara bukit-bukit dan tidak dapat melawan, kata orang yang mengikutnya: 'Jangan takut'. Sesudah ia menyerahkan dirinya, lalu ia dibunuh. Demi Allah Tuhan yang aku serahkan diriku kepada-Nya, sesiapa yang melakukan begitu akanku pancung lehernya."
Apabila musuh ingin membuat perdamaian dan meminta diberhentikan peperangan maka wajiblah ke atas orang-orang Islam menerima permintaan mereka dan mengadakan perjanjian damai yang menjamin terpeliharanya hak-hak orang Islam, jiwa dan harta benda mereka. Satu perjanjian yang membawa lenyapnya sebab-sebab yang memaksa mereka memasuki medan peperangan.
"Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " ( Al-Anfal:61)
5. Perkara-perkara yang wajib dijaga selepas berlakunya peperangan
Berdasarkan kepada AI-Quran dan As-Sunnah dan apa yang pernah dilakukan oleh Khulafa' Ar-Rashidin dan menjadi ijma' ulama' menunjukkan bahawa hukum asal berhubung dengan orang tawanan perang ialah mengekalkan mereka sebagai tawanan. Hadis Rasulullah s.a.w.:
''Jangan sesiapa dari kamu yang mengganggu tawanan saudaranya dan membunuhnya."
Hukum akhir yang diterima oleh tawanan perang jatuh kepada tiga hukuman berikut :
a. Diberi kebebasan sepenuhnya tanpa apa-apa tebusan.
Rasulullah s.a.w. telah membebaskan sebahagian besar penduduk Mekah sesudah selesai pembukaannya, padahal mereka pada waktu itu adalah tawanan perang Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ditujukan kepada penduduk Mekah:
" Apakah yang kamu sangka aku lakukan terhadap kamu?"Jawab mereka: "Saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia juga." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi " Hari ini tidak ada celaan lagi ke atas kamu, Tuhan akan memberi keampunanNya kepada kamu, pergilah! Kamu adalah orang yang bebas."
b. Diberi kebebasan dengan tebusan hartabenda, atau tebusan dengan pekerjaan yang akan dilakukan atau tebusan dengan seorang tawanan atau lebih daripada pihak musuh.
Rasulullah telah membebaskan sekumpulan tawanan perang Badar dengan tebusan harta, dan membebaskan sebahagian yang lain yang boleh mengajar anak-anak orang Ansar membaca dan menulis.
Sementara pertukaran tawanan musuh dengan tawanan Islam telah dijalankan pada zaman Rasulullah dan Khulafah Ar-Rashidin.
''Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang orang yang gugur pada jalan Allah Allah tidak akan menyia yiakan amal mereka."
(Muhammad:4)
c. Dijadikan hamba.
Walaupun tiada hujjah dari Al-Quran yang menyarankan tawanan perang dijadikan hamba, namun Islam tidak melarang tindakan begini. Ini bukan bermakna Islam menghendaki sistem begini berlarutan tetapi ia telah menunjukkannya kepada jalan-jalan yang membawa kepada penamatan sistem ini. Islam menggantikan sistem perhambaan jahiliah dengan mengubah undang-undang yang menetapkan kemestian berlembut kepada hamba, menghormati hak kemanusiaan dan mengawal dari kebengisan dan kekejaman tuannya.
Islam menyeru pengikutnya supara bersikap lemah-Iembut terhadap tawanan dan memberi layanan yang baik kepada mereka sebelum diputuskan masa depan mereka dengan salah satu hukum daripada tiga di atas.
"Kamu adalah dipesan supaya menjaga orang-orang tawanan dengan baik."
Sewaktu perang Badar Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada sahabat- sahabatnya supaya melayani orang-orang tawanan dengan baik. Dengan kerana itu di waktu makan para sahabat mengutamakan mereka dahulu daripada diri mereka sendiri. Allah S.W.T. di dalam Al-Quran telah memuji sekumpulan orang-orang Islam dan dijanjikan mereka dengan kedudukan istimewa di dalam syurga sebagai balasan kepada mereka kerana layanan baik yang mereka berikan kepada tawanan perang.
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang (di hari itu orang-orang bermuka) masam, penuh kesulitan (yang datang) dari Tuhan kami. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera." (Al-Insan:8-12)
" Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan urusanmu adalah disyukuri (diberi balasan)." (Al-Insan:22)
6. Penutup
Jelaslah sudah kedudukan Islam, peraturan dan adab di dalam peperangan. Walaupun peperangan diharuskan tetapi mengawal jiwa raga manusia dan bencana kerosakan hendaklah diambil kira.
''Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas alam semesta" (Al-Baqarah:251)
Rujukan:
1. Jaminan Islam Terhadap Nyawa dan Kemulian Insan - Dr. Ali Abdul Wahid Waji
2. Sistem Sosial dan Pertahanan Dalam Islam - Dr. Subhi AI-Saleh.

No comments:
Post a Comment