Keusahawanan dan Hijrah

3 Safar, PJ Selangor




Saya singgah di sebuah kedai buku yang agak baru di PJ semalam. Kedai buku ini saya kira agak istimewa kerana pengasasnya mempunyai rangkaian kedai buku termasuk di Mekah, Arab Saudi. Cawangan kedai buku di PJ ini di beri nama Dakwah Corner Bookshop adalah yang pertama di Malaysia.

Sebuah buku yang bertajuk "Enjoy your life" oleh Dr. Muhammad terbitan Darussalam telah saya beli di kedai buku tersebut. Setelah membelek beberapa helaian, saya tertarik akan sebuah kisah Hijrah yang dipaparkan, iaitu berkenaan sahabat nabi yang bernama Abdul Rahman Ibni Auf r.a., seorang usahawan mithali sepanjang zaman.

Abdul Rahman Ibni Auf r.a , berhijrah meninggalkan semua harta di Mekah. Apabila tiba di Madinah, beliau telah ditawarkan sebahagian harta dan calon isteri oleh kaum Ansar. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan di mana Pasar di Madinah. Di Pasar tersebutlah beliau mula berniaga dengan menjual barangan sehinggalah beliau berjaya di dalam bidang keusahawanan.

Hari ini jumaat yang pertama bulan Safar. Allah mewajibkan solat jumaat dan juga menyeru hambanya untuk berusaha mencari rezeki di dunia (di antaranya melalui usaha keusahawanan) sebagaimana firman Allah :

"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan sentiasalah ingat akan Allah supaya kamu beruntung" Al-Jumaah: 10

No comments:

Post a Comment