Muzakarah Nasional dan JAIB

11 Safar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak



Seramai lebih 200 orang peserta, terdiri dari pimpinan JIM semua peringkat dari seluruh negara telah berkumpul di audotorium Kejuruteraan UIAM bagi menyertai program sehari Muzakarah Nasional. Muzakarah kali ini adalah bagi membincangkan beberapa perubahan dan penambahan kepada plan perancangan strategik JIM 2 atau Rancangan JIM ke-2 (RJIM 2).

Suatu yang istimewa pada Muzakarah kali ini ialah, penerangan dan penyampaian pertama Jaringan Usahawan Islah Berhad atau JAIB kepada kepemimpinan JIM. JAIB adalah institusi baru yang ditubuhkan bagi mengantikan Kelab Korporat dan Usahawan JIM (KKUJ). Sdr. Hamidon Abdul Hamid, Presiden JAIB telah membentangkan rational dan tujuan penubuhan JAIB. Risalah ringkas penerangan dan borang keahlian JAIB turut diedarkan kepada semua peserta. Keahlian adalah terbuka kepada semua ahli JIM terutama yang berminat di dalam aktiviti keusahawanan.

No comments:

Post a Comment