Sakit dan kesabaran

23 Rabiulawal

Sejak beberapa minggu ini, saya dan keluarga silih berganti jatuh sakit. Isteri saya yang baru-baru ini ke Dubai di atas tugas kerja juga telah jatuh sakit dan memasuki Hospital di sana. Alhamdulillah beliau kini telah kembali ke Malaysia dan mendapat rawatan susulan di Hospital Ampang Putri di Ampang. Saya juga sejak beberapa hari ini demam dan batuk. Telah mendapatkan ubat daripada doktor dan keadaan semakin pulih, alhamdulillah.

Sakit adalah merupakan satu ujian daripada Allah. Manusia perlu beriktiyar, kerana setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan kedatangan ajal (hadis). Apabila kita ditimpa sakit, jasad kita akan merasa lemah dan seluruh anggota badan pun begitu juga.

Musibah kesakitan menyebabkan badan kita lemah dan berasa sakit. Tetapi hati dan jiwa kita hendaklah sedar akan nikmat kesihatan yang sebelum ini telah kita terima. Justeru apabila kita sakit, eloklah kita banyak bersabar dan perkuatkan pergantungan kita dengan Allah ta'ala yang mencipta kita.

Semoga sakit kali ini menjadi kafarah dosa kepada diri...

No comments:

Post a Comment