Menulis Buku Keusahawanan

1 Rejab

Hari ini hari pertama bulan Rejab 1430h. Selepas Rejab ialah Syaaban. Dan selepas itu Ramadhan al-Mubarak.

Pada hari ini juga saya memulakan kembali usaha menulis ke arah menyiapkan buku keusahawanan saya. Kerangka buku ini sebenarnya telah saya sediakan setahun yang lalu. Malah prelude buku ini telah disentuh pada buku saya yang diterbitkan tahun lalu yang bertajuk 25 Panduan & Langkah terbit Buku.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, beberapa karya penulisan saya terhasil pada bulan Ramadhan. Jadi bermula dari bulan Rejab, memanaskan dan mendisplinkan diri di dalam menulis buku ini, dengan izin Allah pada bulan Ramadhan nanti ianya dapat diselesaikan. Ameen

No comments:

Post a Comment