29 Safar, Taman Melawati
Dua perkara yang ingin saya kongsikan dalam penulisan blog pada hari ini, hari terakhir bulan Safar 1430H. Perkara itu ialah membaca dan menulis.
Manakah yang lebih dahulu, membaca atau menulis? Ada yang berpesan rajin dan banyaklah membaca, natijahnya akan mudah untuk menulis. Ada yang berkata, membaca dan menulis perlu dilakukan serentak dan beriringan. Ada yang berkata kedua-duanya sama penting, asalkan jangan tidak dilakukan langsung salah satu atau kedua-duanya.
Al-Qur’an merakamkan seruan membaca sejak awal lagi, dengan turunnya wahyu kepada nabi Muhammad s.a.w yang menyeru beliau ”membaca”, seperti di dalam surah iqra’. Begitu pentingnya untuk umat manusia membaca wahyu Allah ini sebagai panduan hidupnya di dunia. Sebagai insan ciptaan Allah, kita akan tersesat jika tidak membaca (menuntut ilmu) dan mengambil panduan dari wahyu Allah tersebut.
Menulis cerpen, karangan, berita, buku dan sebagainya adalah merupakan satu bentuk komunikasi bahan yang ingin disampaikan kepada sasaran pembaca. Menulis adalah salah satu wahana untuk berkongsi ilmu, pengalaman, nasihat dan berita kepada sesama manusia. Karya dan penulisan yang diterbitkan boleh dijadikan kazanah peningalan zaman berzaman.
Sebagai seorang penulis buku dan penerbit, beberapa peristiwa menarik yang saya alami. Pagi hari ini saya telah menerima hantaran SMS yang kemudiannya diikuti dengan panggilan ke talifon bimbit saya. Pemanggil tersebut yang bernama Ahmad hj Husein dari Bukit Mertajam mengatakan bahawa beliau sedang membaca buku karangan saya yang bertajuk ”25 Panduan Terbit Buku”. Beliau begitu ”excited” kerana buku itu mengisahkan sebuah sekolah (SMSTSSS) yang berdekatan dengan kampung beliau – Bukit Mertajam. Beliau yang juga seorang penulis novel, ingin berbincang dengan saya perihal projek penerbitan buku nya.
Jadilah seorang pembaca yang membawa kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Jadilah seorang penulis yang menyumbang kepada ketamadunan manusia dan alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment