Seruan Takwa 2 Rabiulawal

2 Rabi'ul Awal

Definasi Taqwa

Di dalam surat Al Baqarah ayat 1-4 kreteria orang yang bertakwa, antara lain (1) mereka yang beriman kepada yang ghaib,(2) yang mendirikan shalat dan (3) menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan (4) mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka (5) yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

Rasulullah saw beliau menafsiri firman Allah Ta'ala " bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya " (Ali Imran 102)

dengan sabdanya : "
Iaitu supaya Allah dipatuhi dan tidak didurhakai, diingat dan tidak dilupakan, disyukuri dan tidak dikufur "



TAKWA : Surah An Nisa'

4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka meninggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:129. Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

No comments:

Post a Comment