12 Rabiulawal
12 Rabiulawal adalah hari yang diingati kerana ianya adalah hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w, rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah di dunia ini.
Mengingati rasul dan nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja pada hari 12 Rabiulawal, malah adalah amalan umat Islam setiap hari sama ada semasa ibadat khusus seperti solat mahupun melaksanakan sunnah beliau.
Namun mengingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang telahpun wafat, setiap kali kedatangan 12 Rabiulawal adalah diantara usaha untuk memperingatkan umat nabi Muhammad akan tangungjawab mengikuti suruhan dan sunnah peninggalan beliau.
Justeru marilah kita amalkan sunnah rasulullah s.a.w di dalam hidup kita. Contohilah nabi Muhammad s.a.w yang berakhlak terpuji dan mulia yang diutus membawa rahmat ke seluruh alam. Sebagaiman firman Allah di dalam Al-Qur'an:
"Dan tidak Kami utus engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam" Al-Anbiya:107
No comments:
Post a Comment