Cahaya 12 Rabiulawal

12 Rabiulawal

Hari ini Mauludirasul - memperingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Nur Sarah anak bungsu ku yang berumur 8 tahun sedang berusaha untuk mengingati nasyeed yang bertajuk "Rasulullah" kerana beliau akan terlibat dengan persembahan sempena Maulid di sekolahnya. Rangkap-rangkap nasyeed yang aku dengari begitu sayu dan membawa kepada ku mengimbau seerah Rasululullah s.a.w yang tercinta.

Semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah, kaum ansar juga bernasyeed menyambut kedatangan nabi s.a.w. Mereka mengibaratkan nabi seumpama bulan purnama yang menerangi alam dengan begitu indah sekali. Berkenaan dengan "Bulan" ini mengingatkan ku kepada beberapa kisah seerah nabi Muhammad s.a.w:

Yang pertama ialah ibu nabi Muhammad s.a.w, Aminah bt Wahab, telah bermimpi semasa mengandung nabi Muhammad, dengan mimpi seakan-akan sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Inilah petanda bahawa beliau sedang mengandung pemimpin umat.

Yang kedua ialah Safiyyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w. Safiyyah adalah anak kepada seorang pemimpin Yahudi pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari beliau telah bermimpi bahawa bulan purnama yang terang benderang telah jatuh ke tangan beliau. Lalu beliau menceritakannya kepada ayahnya. Tidak disangka oleh Safiyyah, ayahnya telah menampar pipi beliau apabila mendengar cerita mimpinya itu. Apabila beliau telah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, beliau menceritakan peristiwa mimpinya itu. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa itulah tanda bahawa beliau akan menjadi isteri Nabi s.a.w (ummul mukminin). Ayahnya yang memusuhi nabi dan umat Islam mengetahui petanda tersebut. Allahu 'aklam

No comments:

Post a Comment