Pemimpin Yang Bertaqwa

7 Rabiul Akhir

Hari ini jumaat pertama bulan Rabiul Akhir 1430 hijrah. Semalam Perdana Menteri Malaysia telah meletakan jawatan. Hari ini dijadualkan timbalan Perdana Menteri akan mengantikan tempat PM itu di dalam satu upacara angkat sumpah di Istana Negara.

Sesuai dengan hari Jumaat, umat Islam di ingatkan dengan seruan dan nasihat taqwa, maka orang yang pertama yang mesti dinasihatkan ialah Perdana Menteri sendiri. Sesungguhnya, amanah dan tangungjawab sebagai pemimpin adalah suatu yang amat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah. Tanpa sifat taqwa, tidak mungkin seseorang dapat merasai dan memahami persoalan ini. Sifat taqwa memandu pemimpin untuk taat dan patuh kepada segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Inilah neraca yang sentiasa menjadi pertimbangan seorang pemimpin yang bertaqwa.

Benarlah firman Allah yang menyatakan bahawa mereka yang terbaik dikalangan manusia ialah mereka yang paling bertaqwa. Justeru, alangkah baiknya sekiranya insan yang paling bertaqwa menjadi pemimpin, agar denganya rahmat dan keberkatan meliputi rakyat dan masyarakat negeri tersebut.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Al-hujurat: 13]

No comments:

Post a Comment