Cinta Allah dan Taqwa

14 Rabiul Akhir

Seruan taqwa mengajak manusia untuk taat dan patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Allah sebagai pencipta manusia dan alam serta penguasa kepada semua memerintahkan taqwa. Dan yang terbaik ialah melaksanakannya di atas sifat cinta dan keikhlasan kepada Allah itu sendiri.

Kecintaan makhluk kepada Allah adalah kecintaan seorang hamba kepada Penciptanya. Allah adalah Rab atau Tuhan yang Maha Esa, yang menjadikan manusia dan menguasai dan mentabir seluruh alam ini. Justeru selaras dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri sebagai hamba untuk beribadat kepada Allah dengan erti kata yang sebenarnya hendaklah manusia dengan sepenuh jiwa dan perasaan cinta dan ikhlas, menunaikan perintah ini. 

Sentiasalah bertaqwa kepada Allah kerana ianya satu jalan yang paling baik untuk menjadi hamba yang mencintai pencipta dirinya, iaitu Allah ta'ala.

No comments:

Post a Comment