Tarikh Lahir - 22 Mei

27 Jamadil Awal 1430H bersamaan 22 Mei 2009

Allah di dalam Al-Qur'an menyuruh hambaNya untuk menunaikan Solat Jumaat pada hari Jumaat. Selaras dengan suruhan di dalam Al-Qur'an ini hari Jumaat, adalah hari yang mulia.

Justeru hari ini Jumaat bersamaan dengan 22 May 2009 adalah hari yang istimewa demi untuk menghayati Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri. Bagi saya pula hari ini adalah tarikh lahir saya pada 22 Mei 1966 , iaitu 43 tahun yang lalu mengikut tahun masihi.

Selaras dengan pesanan Khatib di dalam setiap kutbah jumaat yang mengandunggi 4 rukun, tarikh kelahiran ini saya insafi dengan pesanan khatib itu tadi:

1. Ucapan ALHAMDULILLAH. Ya, saya sebagai hamba yang diciptakan oleh Allah. Lantas segala apa yang ada umur, ilmu dan sebagainya adalah miliknya. Justeru ucapan ALHAMDULILLAH yang perlu dihayati.

2. Pesanan BERTAQWA. Hidup ini perlu dijalani di atas dasar TAQWA. Sentiasa berhati-hati kepada sebaranag cabaran dan sentiasa berpegang teguh dengan pertunjuk Allah.

3. BERSELAWAT kepada NABI Muhammad s.a.w. Al-Qur'an menyuruh umat Islam berselawat kepada Nabi s.a.w. Laksanakanlah seruan ini. Ianya juga bermakna menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan dan model di dalam kehidupan ini. Sentiasalah melaksanakan sunnah nabi Muhammad s.a.w

4. Mendoakan kebaikan kepada umat Islam. Umat Islam adalah bersaudara. Justeru sentiasa memperbaiki hubungan persaudaraan di antara sesama umat Islam. Sentiasalah peka dengan pembangunan umat Islam.

Semoga Allah memperbaiki diri ini selaras dengan semangat Hijrah Nabi Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment