Hari Guru - 16 Mei

21 Jamadil Awal

Tarikh 16 mei adalah suatu yang istimewa kepada saya sekeluarga. Ini kerana anak perempuan kedua saya dilahirkan pada tarikh ini. Pada tahun ini beliau meyambut hari kelahiran yang ke-17.

Tarikh 16 mei adalah juga istimewa kerana ianya adalah juga sambutan rasmi Hari Guru. Memang baik sekali adanya sambutan Hari Guru ini, sesuai dengan peranan dan tugas yang dimainkan oleh guru di dalam mendidik anak bangsa. 

Jasa guru semamangnya besar. Guru yang ikhlas dan berdidikasi di dalam kerjanya, hanya Allah sahaja yang memberikan ganjaran terbaik. 

Sebagai tanda penghargaan kepada guru, saya dan rakan-rakan sepersekolahan di SMSTSSS 1979-1983, pada 16 mei 2008 yang lalu, kami telah meletakkan ucapan penghargaan khas kepada guru kami pada sebuah buku, seperti yang dipaparkan di bawah ini. 



Semoga ianya menjadi tatapan anak cucu serta generasi akan datang.
Selamat hari guru.




No comments:

Post a Comment