Ramadhan 1430 & Hijrah

3 Ramadhan

Bulan Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran kerana ditentukan oleh Allah dapat lagi mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini. Sesuai dengan Blog Hijrah, jadikanlah semangat Hijrah di dalam menjalani ibadah Puasa pada bulan Ramadhan ini. Tanamkanlah azam untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

Kejayaan Ramadhan dinilai dari aspek peningkatan Taqwa. Lakukanlah amal dengan mencari jalan-jalan yang dapat meningkatkan ketaqwaan ini. Salah satu jalan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa ialah dengan ibadah Puasa.

Ya. Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. Gunakan kesempatan yang diberikan oleh ALlah untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa melalui institusi Ramadhan ini. Kita tidak tahu sama ada akan dapat berjumpa Ramadhan di masa akan datang.

Ahlan Ya Ramadhan 1430H

No comments:

Post a Comment