Wabak H1N1

19 Sya'aban

Kini dunia dilanda wabak penyakit selsema babi, H1N1. Sehingga hari ini, sudah 27 orang meninggal di Malaysia kerana wabak ini.

Melalui sejarah kita mengetahui, wabak penyakit telah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat, tabi'ien dan seterusnya. Di zaman Syidina Umar r.a, telah berlaku wabak penyakit. Lalu beliau menasihatkan agar rakyat tidak pergi ke tempat berlaku wabak tersebut.

Di zaman Ibnu Khaldun, juga telah berlaku wabak penyakit. Beliau menceritakan di dalam bukunya bahawa semasa beliau hidup telah berlaku kejadian wabak penyakit yang membunuh ramai golongan ulamak dan cerdik pandai.

Kini, di zaman moden, wabak penyakit berlaku kembali. Skala wabak ini adalah lebih besar - meliputi keseluruhan dunia.

Usaha pencegahan dan berhati-hati adalah di antara yang boleh di lakukan. Doa memohon perlindungan kepada Allah kita pohonkan .

Wabak penyakit adalah sebahagian daripada fenomena dunia yang sementara ini. Sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Justeru, sentiasalah kita beringat bahawa, pada bila-bila masa sahaja, apabila telah di tentukan oleh Allah, kematian akan datang.

Sebaik-baik persiapan untuk bekalan kita ke alam yang kekal ialah Iman dan Taqwa.

Persiapkanlah bekalan sementara kita diberikan masa dan peluang. Semoga Allah melindungi kita dari wabak ini untuk mempersiapkan diri.






No comments:

Post a Comment