Cinta Ibubapa dan Taqwa

21 RabiulAkhir

Pada hari jumaat kali ini, saya ingin menyentuh seruan berbuat baik kepada ibubapa dan taqwa.
Kecintaan kepada ibubapa adalah satu fitrah insani. Terpulanglah kepada seseorang itu untuk memupuk perasaan cinta kepada ibubapa ini.

Seruan daripada Allah supaya menyayangi dan berbuat kebajikan kepada ibubapa banyak dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Malah seruan ini digandingkan dengan seruan ketaatan kepada Allah sebelumnya.

Terdapat banyak jalan untuk melaksanakan ketaatan dan kebajikan kepada ibubapa sebagaimana yang dikehendaki di dalam Islam. Inilah diantara jalan-jalan taqwa menuju keredhaan Allah. Di dalam konteks inilah cinta kepada ibubapa perlu di bina.

Bagaimana mungkin kita tidak membuat kebajikan kepada ibu dan bapa kita? Cuba kita kenangkan bagaimana susah ibu kita telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita.

Tepuklah dada kita dan perbaikilah iman kita. Lantas bertaqwalah...

No comments:

Post a Comment