Seruan Taqwa di Masjid Taman Permata

6 Jamadil Awal

Alhamdulillah, Jumaat 6 Jamadil Awal 1430H bersamaan 1 Mei 2009 adalah hari yang sangat memberi makna kepada penduduk Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor. Saya adalah salah seorang daripadanya sebagai seorang ahli qariah kawasan Taman Permata ini. Kebetulan hari ini juga cuti umum 1 Mei yang merupakan hari pekerja.

Kami bersyukur dan bergembira kerana, Surau kami di Taman Permata telah diberikan kebenaran oleh Majlis Agama untuk mengadakan solat Jumaat. Sekali gus menjadikan taraf surau tersebut sebagai sebuah Masjid. Saya telah mula tinggal di Taman Permata sejak awal tahun 90'an lagi telah menyaksikan perkembangan surau ini. Pada waktu itu saya sekeluarga menyewa sebuah rumah di hadapan surau tersebut. Kini rumah saya selang 4 jalan dari surau tersebut. Surau ini yang asalnya hanyalah sebuah rumah kecil telah melalui fasa pembangunan dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Kini bangunan surau/masjid dua tingkat adalah hasil usaha J/K Surau dan ahli Kariah yang mana dana pembangunan adalah hasil sumbangan masyarakat umat Islam sendiri.

Kini dengan bermulanya solat Jumaat di Masjid Taman Permata, maka seruan Taqwa oleh Imam semasa kutbah Jumaat akan terus berkumandang. Begitu juga semoga program ibadah dan majlis pengajian Ilmu di Masjid ini akan bertambah giat di dalam mengimarahkan lagi institusi masjid ini.



No comments:

Post a Comment